Pages

Tuesday 13 March 2012

impian mot 2

hua. mot sibuk masuk blog orang lain. tapi blog mot berbengkalai
berkenaan cita-cita mot untuk membuka sebuah kedai yang cute
mot kini gigih mencari barang-barang atau mesin-mesin untuk menghasilkan barangan cute tersebut
berikut adalah barang-barang yang mot cari
kalau ada sesapa yang jumpa salah satu atau dua atau tiga atau semua barang-barang tersebut sila beritahu mot ye (catatkan nama kedai, alamat, dan gambar barangan yang anda jumpa tu)
  1. wafel maker berbentuk kartun atau apa-apa bentuk yang menarik
  2. mini donut maker (kalau dapat yang macam dalam gambar lagi bagus)
  3. mini cotton candy maker
kat bawah ni ada mot sertakan skali gambar barang di atas
so. kalau kawan-kawan ada jumpa let me know ok

thanks in advance

kat bawah ni mesin cotton candy comel

 yang ni plak mesin buat donut kecik2 auto



yang ni lak untuk waffle yang cute
helo kitty

bentuk menarik

peguin tau

ni pon cantik
 

Friday 13 January 2012

impian mot

mot selalu berangan suatu hari nanti mot nak buka perniagaan. nak jadi businesswoman. tapi apa yang mot nak jual.

mot suka sangat mengait. masalahnya, suka dan pandai adalah dua benda yang berbeza. so, mot ulang lagi. mot SUKA mengait. disebabkan mengait mengambil masa jadi kadang kala benda yang mot kait tu tak siap. 

mot juga suka memasak sesuatu yang bukan tergolong dalam 'makanan ruji'. masalahnya tiada siapa yang sudi jadi tukang rasa. mot takut benda yang mot masak tu di tong sampah kan so mot tak berapa berani nak mencuba. 

mot perhatikan kini kebanyakan rakan sepermainan/rakan sekampus dah ramai yang bekerja sendiri a.k.a ada business sendiri. so, mulai dari hari ini mot nak tanamkan satu cita-cita. 

suatu hari nanti mot nak buka perniagaan sendiri

idea mot macam ni. mot akan sewa 1 kedai. dalam kedai tu ada menjual barangan kraf dan mini cafe. kenapa mot panggil dia mini? sebab mot nak jual semua benda dalam saiz kecil yang tidak membebankan pengguna. contoh donut mini, kuih-muih mini, biskut mini, kek cawan dan lain-lain makanan ringan yang dikecilkan saiznya. oooppsss... makanan ringan yang mot maksudkan di sini bukan 'junkfood' atau 'makanan tidak sihat' ye. begitu juga dengan minuman. mot akan menyediakan dalam saiz yang kecil juga.

tapi kalau tak boleh buka kedai mot bercadang nak jual secara online je.

semoga impian mot ini jadi kenyataan. sama-samalah kita tunggu ye.

Thursday 12 January 2012